Tuesday, July 28, 2009
Monday, July 20, 2009
Kudin, Badin dan Cikgu Rok
Sepuluh minit kemudian…
Badin sepak kaki Kudin. Adoi!!! Jerit Kudin. Belum sempat Cikgu Rok tegur, kaki Kudin pantas menyerang balas. Budin mengelak dan cuba menyerang balas kembali, Tapi sempat dielak oleh Kudin. Panggggg!!! Adoii!!...Panggg!!! Adoi!! Kudin dan Badin terjatuh dari kerusi. Dua-dua terduduk atas lantai. Pelempang Cikgu Rok memang hebat. Tak sampai pun 0.2 saat, Kudin dan Budin terlempang kedua-duanya. Iyalah…anak mahaguru silat yang terkenal di utara tanahair. Kata pepatah, mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi.
‘Duduk…’ mendatar aja suara Cikgu Rok. Budin dan Kudin macam kena pukau. Patuh yang amat patuh. ‘ Kesat mulut tu….’ Kudin dan Budin serentak mengesat bibir mereka yang masing-masing berdarah. Cuma bezanya, Kudin lap dengan sapu tangan, Budin lap dengan tangan dan lepas tu kesat kat seluar. Ye lah, Kudin anak mandur, mampu la bapak dia belikan sapu tangan. Sedangkan Budin anak kuli biasa je.
Ada perasaan bersalah pada Cikgu Rok. Menyesal kerana tindakannya tadi. Kalaulah dia lebih bersabar. Tapi nak buat macam mana. Kata orang, sesal dahulu dapat nasi, sesal kemudian dapat bubur [ sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya + nasi sudah menjadi bubur]. Cikgu Rok rasa sayu, menyesal….dan bersalah. ‘maafkan cikgu, Budin, Kudin’….kata-kata yang hanya terucap di hati dan tergambar di wajah.
Sepuluh minit selepas sepuluh minit berlalu…
‘ Ayu, tadi aku tempeleng Kudin dan Bidin masa ujian’
‘Eh! Baguslah! Budak-budak tu memang layak pun kena macam tu. Sukanya aku, kau tau’
‘Tapi aku rasa tindakan aku tadi tu melampau la, Ayu. Aku rasa bersalah la pulak.’
‘ Alah Rok, kau jangan risau la. Sapa tak kenal Bidin dan Kudin tu. Kau ingat tak kes Cikgu Molly dulu? Sampai menangis-nangis si Molly tu dipermainkan dek Bidin ngan Kudin tu.’
‘ Ye lah, tapi aku rasa tindakan aku tadi tu dah melampau , Ayu. Tak patut aku lempang diorang tu tadi’
‘ Alah kau ni!, Sudahlah, padan muka diorang tu. Eh, Aku ada kelas ni…..nak ikut?’
Esoknya, 10 minit selepas jam 8 pagi….
Tanggg!!! Pintu pejabat ditutup kasar. Tercegat seorang lelaki bertubuh sasa lewat 40an. Matanya kemerahan. Misainya sebijik macam misai RSM askar dulu-dulu. Dibelakangnya Kudin dengan muka jugak muka serius kononnya - tapi tak macam muka bapaknya, muka kudin langsung tak menakutkan sesiapapun yang memandang.
‘Siapa yang lempang anak aku semalam? Aku nak jumpa dia! Pantang aku orang buat anak aku macam tu!’
Alamak! Habis la kali ni. Semua orang pejabat memandang. Diam. Suasana yang tadi agak meriah, tetiba aja menjadi sunyi sepi. Tummm!!! Bapak kudin tumbuk kaunter pejabat. Nasib baik kaunter tu diperbuat daripada kayu jati ‘solid’ dengan ketebalan 40mm. kalau tidak tentu dah patah kaunter tu.
Siapa tak kenal bapak Kudin. Samseng, kaki gaduh, panas baran dan segala macam yang negatif. Keluar masuk IPD dah biasa baginya. Dan hari ni, buat entah kali ke berapa, bapak Kudin nak mengamuk lagi.
‘Mana cikgu tu? Aku nak ajar dia! Pantang aku orang buat keturunan aku macam tu. Kudin ni, jentik pun aku tak pernah’
Pintu pejabat tetiba terbuka.
‘Bapak! Tu lah cikgunya pak!’ Bapak Kudin berpaling kepada insan yang baru je nak masuk pejabat tersebut.
‘Kau……’ tak sempat bapak Kudin menghabiskan ayatnya. Sebaik sahaja mata mereka bertentangan. Diam. Kemarahan bapak Kudin dengan tetiba sahaja hilang entah ke mana. Bapak Kudin pandang Cikgu Rokiah, Cikgu Rokiah pandang bapak Kudin.
‘Sarip???’ Tanya Cikgu Rokiah dengan nada terkejut.
‘Rokiah….?’
Entah dari mana, tetiba je kedengaran lagu nyanyian Saleem Iklim yang popular zaman lewat 80an dulu…
Saat kita terpisah
Kau genggam erat tangan ku
Sepertinya tak merelakan kepergianku
Untuk meninggalkan mu…
Dermaga saksi bisu
Waktu ku kucup keningmu
Perlahan kau lepaskan
Pegangan tangan ku
Aku lihat…kau menangis
Kudin lihat mata Cikgu Rokiah berkaca dan kemudian Kudin lihat juga menitis airmata Cikgu Rokiah. Kudin tak paham. Tambah Kudin tak paham kenapa bapaknya yang tadi macam singa, tetiba je kaku macam kucing tengah menung ikan dalam tudung saji. Orang pejabat semua tengok kusyuk menonton drama yang sedang berlaku.
‘Abang Sarip…….’ Sambil tersedu-sedu,Cikgu Rokiah berpaling lantas keluar dari pejabat dan berlari entah ke mana.
‘Rokiah….tunggu….’ bapak Kudin tanpa membuang masa mengejar Cikgu Rokiah.
Kudin tak paham. Tapi orang pejabat dah mula berbisik sesama sendiri. Engkau orang paham? Atau engkau orang pun sama macam Kudin….tak paham!
Posted by Cikgu Eaizan | Permalink | 3 comments
Labels: Cerpen
Saturday, July 18, 2009
JANGAN POLITIK BANTUAN PENDIDIKAN
Posted by Cikgu Eaizan | Permalink | 0 comments
Labels: Isu Pendidikan
Friday, July 17, 2009
KANAK-KANAK BELAJAR DALAM KEHIDUPAN
Jika anak itu hidup dengan KRITIKAN,
Dia belajar untuk MENCELA
Jika anak itu hidup dengan KEKASARAN,
Dia belajar untuk MENENTANG
Jika anak itu hidup dengan BELAIAN KASIH,
Dia belajar untuk RESAN DIRI
Jika anak itu hidup dalam suasana IRI HATI,
Dia belajar untuk merasa BERSALAH
Jika anak itu hidup dengan TOLERANSI,
Dia belajar untuk BERSABAR
Jika anak itu hidup dengan GALAKAN,
Dia belajar untuk BERKEYAKINAN
Jika anak itu hidup dengan PUJIAN,
Dia belajar untuk MENGHARGAI
Jika anak itu hidup dengan SAKSAMA,
Dia belajar untuk berlaku ADIL
Jika anak itu hidup dengan KERELAAN,
Dia belajar untuk MENYAYANGI
Jika anak itu hidup dengan RESTU,
Dia belajar untuk MENYUKAI DIRINYA
Jika anak itu hidup dengan PENGHARGAAN,
Dia belajar untuk MEMPUNYAI MATLAMAT
Jika anak itu hidup dengan KEJUJURAN,
Dia belajar apa itu KEADILAN
Jika anak itu hidup dalam KESELAMATAN,
Dia belajar MEYAKIN DIRI dan orang sekelilingnya
Jika anak itu hidup dalam KERAMAH-TAMAHAN,
Dia belajar bahawa dunia ini ialah
TEMPAT YANG BAIK untuk hidup
..................................................................................................................................
dipetik daripada sebuah majalah di perpustakaan sekolah pada tahun lepas. malang sekali, terlupa pula nama penulis dan nama majalah berkenaan.
Posted by Cikgu Eaizan | Permalink | 0 comments
Labels: Rencana
Tuesday, July 14, 2009
REMPIT 1511
Posted by Cikgu Eaizan | Permalink | 0 comments
Labels: Cerpen
KEHENDAK DALAM KEPERLUAN
Seorang rakan yang pendapatan bulanannya sama dengan saya sering mengeluh bahawa pendapatannya hanya cukup-cukup untuk menampung kehidupannya sekeluarga setiap bulan. Beliau mempunyai seorang anak kecil dan isterinya tidak bekerja.Beliau mengeluh kerana sebaik sahaja menerima gaji bulanan, separuh daripada gajinya telah disalurkan untuk pembayaran ansuran kereta, sewa rumah, dan bil-bil utiliti yang lain.Belum lagi hutang PTPTN yang perlu dijelaskan ansurannya setiap bulan.Cuma tinggal separuh sahaja lagi untuk perbelanjaan keluarga, kecemasan dan simpanan (sekiranya ada ).
Rumah atau tempat tinggal antara keperluan yang paling asas sekali perlu dipenuhi. Tidak boleh tidak, sama ada membeli rumah atau kebiasaannya menyewa. Rakan saya ini menyewa rumah teres 2 tingkat dengan 3 bilik disebuah taman perumahan baru. Cantik dan selesa rumahnya. Sewa bulanannya ialah RM450 (di tempat saya, secara relatifnya sewa masih murah bagi kawasan Johor Bahru dan kawasan-kawasan sewaktu dengannya – dan kadar sewa ini semakin meningkat).Pada pandangan saya, mengapa perlu menyewa rumah sebanyak RM450 sebulan untuk sebuah keluarga kecil – diri sendiri, isteri dan anak kecil. Jika sewanya RM450 atau lebih, saya lebih sanggup untuk membeli rumah, bukan menyewa. Saya sendiri ( dengan seorang isteri, serta 3 anak ) tinggal dengan menyewa di sebuah rumah taman perumahan lama yang juga mempunyai 3 bilik tidur. Meskipun tandas dan bilik airnya cuma satu, yang penting 3 bilik tidurnya agak luas dan selesa, dapurnya lapang. Dan yang paling penting, sewanya hanya RM280 sebulan!!
Pada masa kini memiliki kenderaan bukan lagi satu kehendak. Tetapi masalahnya, ansuran kenderaan (tanpa pembayaran pendahuluan), boleh 'menyedut" sekurang-kurangnya 25% daripada pendapatan tetap anda, untuk satu tempoh maksimum 9 tahun. (Lamaaa tuuu…). Lebih menyenakkan fikiran, tidak seperti rumah, harganya selepas 9 tahun, tentunya amat susut. Belum lagi dikira harga patrol yang tak pernah turun, insuran,cukai jalan, dan belanja penyelenggaraan yang semestinya adalah 'pakej' yang tidak boleh ditolak bila memiliki kenderaan.Ya, memang benar…kereta bukan lagi kehendak, tetapi sudah jadi keperluan. Masalahnya keperluan kita seringkali disamarkan oleh kehendak. Mengapa perlu membeli VIOS kalau Wira sudah memenuhi keperluan kenderaan kita?
Tiada orang boleh katakan hidupnya tak makan pun tidak mengapa – sebab itulah ianya merupakan keperluan asas yang paling asas. Soalnya bagaimana kita memenuhi keperluan asas yang paling asas ini?Bagi yang dapurnya sentiasa berasap, kenaikan harga ikan, ayam, daging dan sayuran tentunya merupakan perkara yang sensitif. Seringkali kita dengar bila berlaku kenaikan harga sesuatu barangan, pengguna diminta menggunakan kuasa mereka sebagai pengguna. Pengguna ada kuasa ke? Jawapannya memang YA. Kalau musim harga ikan naik (macam musim tengkujuh dan banjir sekarang ni), beralihlah kepada ayam dan daging dan belilah ikan jenis paling murah sekali (meskipun takda lah murah pun sebenarnya). Beli di tempat yang menawarkan harga lebih murah, meskipun agak jauh sedikit dari tempat anda. Di pasar tempat saya, harga ikan, daging dan sayuran sememangnya tidak menentu dan sentiasa mahal. Menghairankan, harga ayam sentiasa lebih murah berbanding tempat lain (kenapa ek?). Sebagai alternatif,setiap 2 minggu saya akan ke salah sebuah pasar di Skudai yang mana harga barangan tersebut jauh lebih murah.KFC? MarryBrown? McD? Mintak maaflah…itu bukan budaya saya. Nak pergi sebulan sekali pun payah. Saya lebih selesa ke restoran biasa tepi jalan…itu pun jarang-jarang sekali. KFC, McD, MaryBrown – anak-anak saya tahu mereka akan ke sini hanya jika mereka menerima penghargaan dari saya atas sesuatu pencapaian mereka.
Handphone suatu ketika dahulu merupakan satu symbol status dalam masyarakat. Dari zaman ATUR (yang besarnya macam tin biskut 1kg tu) hinggalah kini yang mempunyai saiz sebesar tapak tangan (sampai kadang tu tak jumpa carik pasal lupa letak kat mana), handphone telah bertukar sebagai satu benda yang 'mesti ada'. Sesetengah kita mungkin berbangga kalau ada telefon bimbit yang terkini yang didalamnya mempunyai berbagai kemudahan tambahan. Kalau dulu telefon bimbit hanya digunakan untuk bercakap dan bersms, tapi kini penggunaannya lebih berbagai, dengan standard masa kini – berkamera, sambungan internet, boleh memainkan lagu, dan sebagainya. Adakalanya, jangan hairan, tuan punya handphone yang canggih-manggih ini pun tidak tahu tentang keistimewaan handphonenya.Lebih parah lagi sekiranya anda tidak menggunakan pun kemudahan-kemudahan yang tersedia dalam telefon bimbit tersebut (kerana memang anda tidak memerlukannya) – anda telah membayar harga teknologi yang anda tidak gunakan. Jika menggunakannya pun (kerana rugilah kalau dah ada tapi tak guna, kan?) Anda perlu ingat kebanyakan kemudahan tambahan tersebut, juga sepertimana untuk bercakap,tidaklah percuma – anda masih perlu membayarnya.Jadi pada saya yang menggunakan telefon bimbit hanya untuk bercakap dan sms, nokia 3310 masih relevan untuk saya (hehehe…dah 5 tahun dan 10 kali terhempas). Tunggulah handphone saya rosak dan harga telefon bimbit yang ada berbagai-bagai kemudahan yang 'tidak berguna' pada saya tu menjadi benar-benar murah atau bila wujudnya keperluan untuk menggunakan 'teknologi terkini' tersebut,mungkin saya akan menukarnya. Itupun jika yang sedia ada ini rosak, atau teknologi yang saya ada tidak boleh digunakan lagi.Posted by Cikgu Eaizan | Permalink | 0 comments
Labels: Rencana
Monday, July 13, 2009
TUGU PERINGATAN PERANG SUNGAI KELAMAH
PERISTIWA
Tugu ini dibina sebagai memperingati bekas-bekas Tentera Australia dan Jepun serta keluarga mereka yang terkorban semasa berlakunya peperangan antara Batalion Australia ke-2/30 dengan Tentera Jepun pada 14 Januari 1941. Dalam peperangan ini, Tentera Australia yang diketuai oleh Lt. Kol. Gallaghan telah melakukan serang hendap terhadap kemaraan askar-askar Jepun ke Tampin. Pertempuran telah meletus dan berlarutan ke hari berikutnya. Pertempuran ini telah menyebabkan ramai Tentera Jepun terkorban dan pada 15 Januari 1941, sepasukan Tentera Jepun yang lain telah tiba dan menyebabkan Tentera Australia terpaksa berundur ke Segamat. Dalam usaha menghalang kemaraan Tentera Jepun, jambatan kayu yang merentangi Sungai Gemencheh di Kampung Sungai Kelamah yang menghubungkan Tampin dengan Gemas terpaksa diletupkan. Tapak jambatan dan beberapa tiangnya masih kekal hingga ke hari ini.
Posted by Cikgu Eaizan | Permalink | 0 comments
Labels: Jejak Warisan
TANDAS SEKOLAH
Permasalahan Semasa
1. Dijadikan tempat melepak/berkumpul
2. Terdapat pelajar lelaki yang merokok di dalam tandas
Cadangan Penyelesaian
Posted by Cikgu Eaizan | Permalink | 0 comments
Labels: Isu Sekolah
KEMPEN KEBERSIHAN 5 MINIT
Latarbelakang
Posted by Cikgu Eaizan | Permalink | 0 comments
Labels: Isu Sekolah
Sunday, July 12, 2009
PPSMI oh PPSMI
Posted by Cikgu Eaizan | Permalink | 0 comments
Labels: Isu Pendidikan
Saturday, July 11, 2009
KURSUS MEMBINA BLOG SMK JELAI [FELDA]
Posted by Cikgu Eaizan | Permalink | 0 comments
Labels: Aktiviti

